| Kurik Kundi Merah Saga | Guruh petir penuba limbat, Pandan berjemur di seberang; Dua tiga mencari ubat, Ubat dapat badanlah hilang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga Bakawali di Teluk Cengal, Buat ubat seribu guna; Kilat di air sudah kukenal, Yang mana satu jantan betina. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa lauk nasi kurendang, Putik petola dari Patani; Apa ubat hatiku terkenang, Gesek biola tariklah menyanyi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Guruh dan petir penuba limbat, Pandan terjemur lindung bayang; Dua tiga mencari ubat, Badan bertemu nan kok senang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang. |