Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.dang] | اودڠ

Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, Totanus spp.; burung raja ~ sj burung a) Alcedo atthis bengalensis; b) Alcedo meninting verrauxii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang (berkulit keras, berkaki sepuluh dan berekor) yg hidup di air dan boleh dimakan. ~ galah Palaemon longirostris. ~ geragau (pepai, kepai) Mysis spp.. ~ kering udang yg dikeringkan, Paenaeus momdon. ~ laut Palinurus homarus. ~ lubuk Thenus orientalis. ~ sungai Palaemon sondaicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tidak sama anak tenggiri;
     Anak orang orang juga,
Tidak sama anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Bermaksud :

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang, udang juga, Tak boleh dibuat anak tenggiri; Anak orang, orang juga, Tak boleh dibuat anak sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaCik Salleh memancing udang, Udang dipancing dalam perahu; Pilih memilih bawa tukang, Baru kenal sutera belacu.
Kurik Kundi Merah SagaIkan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.
Kurik Kundi Merah SagaMasak udang dalam perahu, Ubi rebus terletak di padang; Zaman sekarang kalau nak tahu, Budi hangus menjadi arang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak udang Kuala Palembang, Mari dicedok tudung sebiji; Anak orang jangan dibimbang, Satu kerja haram tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang dipukul ribut, Dari ulu ke Kuala Dua; Orang seberang jangan direbut, Ambil pisau dibelah dua.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang ada sejemput, Letak mari atas pelantar; Datang tidak menjemput, Balik tidak berhantar.
Kurik Kundi Merah SagaKutip udang ulam pegaga, Hendak letak tiada berbara; Anak orang orang juga, Hendak minta tiada belanja.
12345

Kembali ke atas