Kurik Kundi Merah Saga | Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang, udang juga, Tak boleh dibuat anak tenggiri; Anak orang, orang juga, Tak boleh dibuat anak sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Salleh memancing udang, Udang dipancing dalam perahu; Pilih memilih bawa tukang, Baru kenal sutera belacu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak udang dalam perahu, Ubi rebus terletak di padang; Zaman sekarang kalau nak tahu, Budi hangus menjadi arang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak udang Kuala Palembang, Mari dicedok tudung sebiji; Anak orang jangan dibimbang, Satu kerja haram tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang dipukul ribut, Dari ulu ke Kuala Dua; Orang seberang jangan direbut, Ambil pisau dibelah dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang ada sejemput, Letak mari atas pelantar; Datang tidak menjemput, Balik tidak berhantar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kutip udang ulam pegaga, Hendak letak tiada berbara; Anak orang orang juga, Hendak minta tiada belanja. |