Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.jar] | اوجر

Definisi : 1. apa yg diucapkan, kata, perkataan: ber-sinar matanya ketika mendengar ~ drebar itu; 2. = ujar-ujar, ujar-ujaran Jk segala ajaran dan nasihat yg diwarisi (drpd nenek moyang dll), pepatah, peribahasa: kata-kata yg dipakai dlm karangannya merupakan ujar-ujaran orang-orang pandai Islam, hadis Nabi, dan Quran; mengujarkan mengatakan, mengucapkan, menuturkan, menyebutkan; ujaran sesuatu yg diucapkan atau disebutkan (mis perkataan): bunyi-bunyi ini tidak boleh dihubungkan dgn sebarang ~; alat ~ alat atau bahagian dlm rongga mulut dan kerong-kong yg dapat menyebutkan perkataan atau mengeluarkan bunyi; pengujaran perbuatan mengujarkan sesuatu, pengucapan, pengungkapan: bahasa sbg lam-bang cetusan rasa dan alat ~ idea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.jar] | اوجر

Definisi : apa-apa yg diucapkan atau yg dituturkan; perkataan. berujar berkata; berucap. mengujarkan menuturkan; mengucapkan. ujaran yg diujarkan: Dia tidak dpt mendengar ~ orang itu dgn jelas. pengujaran perbuatan atau hal mengujarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ujar
Rujuk :ucap

Puisi
 

Ujar khabar melambak luas,
     Tapi kadak taliat pati-patinya;
Ujar khabar bailmu bagus,
     Tapi kadak taliat laki-lakinya.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaUjar khabar melambak janar, Melambak janar di tempurung bulu; Bukan kami hendak benar, Kami hendak maulu-ulu.
Kurik Kundi Merah SagaUjar khabar melambak luas, Tapi kadak taliat pati-patinya; Ujar khabar bailmu bagus, Tapi kadak taliat laki-lakinya.

Kembali ke atas