Kurik Kundi Merah Saga | Buah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Segetah ulam pegaga, Pucuk belimbing asahkan kuku; Petang-petang abang dah ada, Petik ke dinding bukalah pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Segetah ulam pegaga, Pucuk belimbing asahkan kuku; Petang-petang abang dah ada, Petik ke dinding bukalah pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk pauh ulam pun pauh, Tidakkah ngilu rasanya gigi? Adik jauh abang pun jauh, Tidakkah rindu rasanya hati? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang ulam pegaga, Putik belimbing getu-getu; Petang-petang abang ada, Jentik dinding bukalah pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kutip udang ulam pegaga, Hendak letak tiada berbara; Anak orang orang juga, Hendak minta tiada belanja. |