Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berulit 1. sedang bernyanyi utk menidur-kan anak, berdondang utk menidurkan anak; 2. = ~ dgn tidur bersama-sama, tidur dgn: dia ~ dgn anaknya; mengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulit-kan 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn me-meluk, memangku, merangkul: dia rela tubuh-nya diulit oleh pemuda itu; pengulit 1. lagu atau nyanyian utk menidur-kan (anak dll), dodoi, dondong: maka biduan-da yg baik suara pun menyanyilah lagu ~ putera raja beradu; 2. penghibur (hati), pelipur: ceteranya dipindahkan drpd bahasa Jawa kpd bahasa Melayu, akan penghibur hati yg masyghul, akan ~ hati yg dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ulit
Kata Terbitan : berulit, mengulit,

Puisi
 

Ulit tenang mudik suasih,
     Pergi ke teluk menarah papan;
Bila terkenang budi kasih,
     Nasi sesenduk tidak termakan.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKetam padi sampai ke Acheh, Anak pipit kembang ekor; Mari kita bertambat kasih, Ulit-ulit bawa tidur.
Kurik Kundi Merah SagaUlit tenang mudik suasih, Pergi ke teluk menarah papan; Bila terkenang budi kasih, Nasi sesenduk tidak termakan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak pipit kembang ekor, Petang-petang ulam pegaga; Ulit cik adik bawa tidur, Petang-petang abang ada.
Kurik Kundi Merah SagaAnak pipit kembang ekor, Masak susu linggang-linggang; Ulit cik adik bawa tidur, Tutup pintu renggang-renggang.

Kembali ke atas