Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik kaduk Ulu Telemu, Singgah bertemu di Pantai Wali; Saya tak mabuk kerana ilmu, Mabuk saya kerana janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan durian Ulu Kemaman, Bunga kerindu sangkut di dahan; Makan tak sedap tidur tak nyaman, Hatiku rindu manakan tahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Kaduk Ulu Telemu, Singgah menanak Batali; Saya tak masuk kerana ilmu, Saya masuk kerana janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bergiat beguk Ulu Tembeling, Nampak dari Pulau Sari; Adik duduk sanggul melintang, Bagai bunga kembang pagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar di Ulu Langat, Tempat duduk anak Cik Mamat; Kalau betul lemah semangat, Tak boleh bercampur keli bersengat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang. |