Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dur.un.dur] | اوندور٢

Definisi : Jw 1. sj binatang kecil yg gemar makan semut; 2. sj ketam kecil di pantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata undur-undur

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak,
     hendak undur gelar telah besar.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.
Kurik Kundi Merah SagaTajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda.
Kurik Kundi Merah SagaTirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.
Kurik Kundi Merah SagaTetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan.
Kurik Kundi Merah SagaTetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah didekat undur jangan, Orang muda segan melawan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek.
Kurik Kundi Merah SagaBatu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang.
Kurik Kundi Merah SagaDayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji.
Kurik Kundi Merah SagaKata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan.
12

Kembali ke atas