Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ beritahu bp memberitahu atau memaklumkan; ~ yg tidak diberikan prb berjanji akan mem-berikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja; mengunjuk 1. mengangkat serta menghulur-kan tangan (ke atas atau ke hadapan), meng-unjurkan tangan; 2. memberi kpd (seseorang) dgn tangan: “Ini surat drpd abang,” Samad ~; mengunjukkan 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semua-nya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; sepengunjuk = ~ tangan setinggi orang berdiri dgn menghulurkan tangan ke atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
unjuk
Kata Terbitan : mengunjuk, mengunjukkan,

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Mudik ke hulu pengayuh jatuh,
     Buat bersunting bunga delima;
Unjuk sirih pinang jatuh,
     Baru tidak berjari lima.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu pengayuh jatuh, Buat bersunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Baru tidak berjari lima.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu kepayang luruh, Buat sunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Bagi tidak saya terima.
Kurik Kundi Merah SagaSi pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaCuba-cuba menanam sirih, Takut nak ada tumbuh sulurnya; Cuba-cuba merebut kasih, Takut nak ada unjuk hulurnya.

Kembali ke atas