Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja menikam pari, Kulit siput di dalam bemban; Bukan saya lepas ke mari, Bawa untung nasib badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang. |