Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,

Puisi
 

Pohon betik pohon petola,
     Dipanggil jua pohon papaya;
Adik cantik abang gila,
     Adik tak mahu apa upaya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(19)

429

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan ‘tidak boleh’ tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna.
Kurik Kundi Merah SagaPohon betik pohon petola, Dipanggil jua pohon papaya; Adik cantik abang gila, Adik tak mahu apa upaya.
Kurik Kundi Merah SagaDari Perlis pergi ke Kedah, Hendak membeli buah papaya; Jikalau kekasih berpaling tadah, Hendak berbalik tidak upaya.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya.

Kembali ke atas