Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pangkal pelepah yg lebar dan tipis (pd pokok palma spt pinang dll); rupa ~ disiat ki pucat benar; mengupih ki sudah tua benar (pakaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata upih I

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Luruh upih pergam datang;
     suruh putih hitam datang.

Bermaksud :

Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau upih katakan upih, Kalau seludang kata seludang; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya ulang-berulang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap.
Kurik Kundi Merah SagaJatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami.
Kurik Kundi Merah SagaDatuk Perdana mengupas upih, Limau manis dalam cerana; Saya laksana kertas putih, Boleh ditulis sebarang warna.
Kurik Kundi Merah SagaSaya tak cakap katakan upih, Kerana seludang jatuh melintang; Saya tak cakap kata boleh, Kerana saya dalam tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang.
Kurik Kundi Merah SagaHarap sungguh makan dijerat, Makan di upih kerabu jantung; Harap saya dunia dan akhirat, Ingatkan boleh tempat bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaDari seberang pergi ke seberang, Dari upih mayang tersangkut; Hilang seorang ganti seorang, Dapat puteri panjang rambut.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih.

Kembali ke atas