Kurik Kundi Merah Saga | Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bungalah tanjung dari utara, Memakai ku cincin permaisuri; Jika ku terkandung dalam perkara, Tidak kukunci memangku diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mendung si mega mendung, Mendung datang dari utara; Hari-hari saya termenung, Terkenang cinta lama tak jumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gununglah Balu Selatan Balu, Jangan saja angin utara; Dulu mau sebentar pun mau, Jangan kupaksa pening kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara. |