| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan warna merah, Mari dibungkus dengan bunga; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati badan merana. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Duduk berniaga dalam pekan, Pakai seluar warna biru; Jangan jadi bunga di hutan, Nampak merah cium tak bau. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke darat memetik duku, Berkain songket warna biru; Dengan sebab tingkah dan laku, Harga seringgit turun sesuku. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Datuk Perdana mengupas upih, Limau manis dalam cerana; Saya laksana kertas putih, Boleh ditulis sebarang warna. |