Kurik Kundi Merah Saga | Cincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga dedap lebat di dahan, Bila kembang warnanya merah; Kalau cinta menjerat badan, Hati juga selalu gelisah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala tepi kolam, Dapat ikan sebesar jari; Bukan salah kain disulam, Kerana benang warnanya mati. |