Kurik Kundi Merah Saga | Ya ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya Allah Alaikum Rahman, Terang seperti air di taman; Jikalau tiada ditetapkan iman, Tuanlah juak kubuat teman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya Allah alaihi Rabbi, Terang seperti air perigi; Jikalau diturut hati begini, Tuanlah juak rela kumati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya sungguh makan dek api, Buah kelubi padang seberang; Ya sungguh tinggal dek laki, Apa peduli pada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berzikir bawa tawakal, Jawablah dengan Allah ya Rabbi; Habis berfikir dengan akal, Tuan juga masih di hati. |