Kurik Kundi Merah Saga | Bukan kutimba bukan kucebok, Anak gelama dalam bubu; Bukan kusila bukan kumabuk, Dari selama dah sahaja begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik bukan ayam pun bukan, Anaklah angsa memakan bertih; Adik bukan abang pun bukan, Sajalah saya hati nak kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar duri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail. |