Kurik Kundi Merah Saga | Yang berlari sangat pantas, Yang menang sangat bertuah; Yang memberi tangan di atas, Yang menerima tangan di bawah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi digali ubi, Gali ubi di tepi telaga; Sudah banyak saya berbudi, Budi yang mana yang tuan suka? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk manis pucuk langgudi, Daun purut digetus rusa; Yang manis bernama budi, Yang indah itu bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi kerja berulang-alik, Singgah di masjid lalu sembahyang; Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pilih-pilih buah kedondong, Cari yang manis tiada bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Yang hitam manis baik budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak ubi perkara ubi, Mana ubi yang kami tanam; Banyak budi perkara budi, Budi yang mana kami dikenang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak duri perkara duri, Duri mana duri yang tajam; Banyak budi perkara budi, Budi yang mana dikenang orang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. |