Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zaman;

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Bermaksud :

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGemai ini gemai Cik Munah, Dalam berisi lada muda; Zaman ini zaman si tuah, Kalau mati pun tidak berdosa.
Kurik Kundi Merah SagaKota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa.
Kurik Kundi Merah SagaIkan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap.
Kurik Kundi Merah SagaIkan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap.
Kurik Kundi Merah SagaZaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta?
Kurik Kundi Merah SagaDi zaman dahulu bergalah perahu, Di zaman sekarang bermotor sangkut; Dari dahulu adik dah tahu, Kenapa sekarang adik nak ikut.
Kurik Kundi Merah SagaZaman sekarang pandan berbunga, Kini sekarang bunganya layu; Zaman sekarang adik diguna, Kini sekarang dibuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaZaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaZaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak.
Kurik Kundi Merah SagaZaman ayah mudik ke hulu, Main makan buah bahulu; Zaman ayah menganyam dahulu, Akar tua pilih dulu.
1234

Kembali ke atas