Kurik Kundi Merah Saga | Zaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Zaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta? |
Kurik Kundi Merah Saga | Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut pinang dari hulu, Pinang berisi madu lebah; Bila terkenang zaman dahulu, Rindu sekarang menggigit lidah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali menjual kayu, Orang di bukit menjual lada; Kalau teringat zaman dahulu, Rasa menitik air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut. |