adan | pengadang yang dipasang di pintu, tangga dan sebagainya, untuk menyekat kanak-kanak keluar rumah. | Kedah |
apau | sejenis pisang yang biasanya dijadikan perencah gulai, masak lemak, dan sebagainya. | Kedah |
ambaq-ambaq | bekas air wangi yang digunakan untuk merenjis pengantin di majlis perkahwinan. | Kedah |
anoq | sejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain. | Kedah |
akaq pinang | sejenis kering goreng bersira serbuk gula pasir halus. | Kedah |
angin-angin | kipas pusing yang dibuat daripada buluh, papan, upih, kertas dan sebagainya yang digerakkan oleh angin untuk mainan, baling-baling. | Kedah |
akaq menyusup | sejenis bentuk gubahan pada kuih kering yang berbentuk āSā pautan dua akar bersilang. | Kedah |
anak tangga | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula, dimasak sehingga pekat, kemudian dibungkus dalam daun pisang sebesar jari dan dikukus. | Kedah |
apam | sejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras, santan dan ibu roti dan dibakar, (dimakan dengan kuah lemak manis). | Kedah |
anak anjin | perut betis, buah betis, jantung betis, anjing-anjing (orang saja). | Kedah |