promethium | prometium | Kimia | Tiada | Unsur logam nadir bumi radioaktif dalam siri lantanid dan ahli kumpulan IIB (atau 3) jadual berkala, simbol Pm, nombor atom 61, berat atom 145, takat lebur 1160°C, takat didih 2460°C, berbentuk pepejal putih dan terdapat dua isotop radioaktif, iaitu Pm-145 dan Pm-147. Pm-147 diperoleh daripada hasil belahan uranium. Logam ini digunakan untuk membuat bateri, cat berpendarcahaya dan bahan semikonduktor. |
promethium | prometium | Kejuruteraan | Tiada | Unsur radioaktif bersimbol Pm dan bernombor atom 61. |
random molecular velocity | halaju molekul rawak | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Halaju molekul yang diambil sebagai rawak apabila diperhatikan melalui satu unsur keluasan sistem. Bagi sistem gas cair, halaju rawak molekul dianggarkan oleh teori kinetik gas sebagai u = (8kBT/pm)1/2, dengan u = halaju molekul rawak. T = suhu, m = berat molekul, kB = pemalar Boltzmann. |