Pioneer Industries Ordinance 1957 | Ordinan Industri Perintis 1957 | Ekonomi | Tiada | Undang-undang yang membolehkan syarikat-syarikat diberi insentif taraf perintis sebagai satu langkah untuk menggalakkan pembangunan industri baru dalam negara. Ordinan ini telah dimansuhkan pada tahun 1968 dan digantikan dengan akta lain. |
Pioneer Industries Ordinance 1957 | Ordinan Industri Perintis 1957 | Ekonomi | Tiada | Tiada |
Treaty of Rome | Perjanjian Rom | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1957 untuk merasmikan penubuhan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) yang menyediakan pasaran bersama pelbagai hasil antara negara anggota. EEC kemudiannya berkembang menjadi Komuniti Eropah (EC) dan Kesatuan Eropah (EU). |
International Atomic Energy Agency | Agensi Tenaga Atom Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | A gensi yang ditubuhkan pada tahun 1957 dan mula beroperasi di ibu pejabatnya di Vienna. Matlamat utama agensi ini adalah untuk membantu negara dunia dan menyebarkan maklumat berkenaan penggunaan tenaga atom bagi tujuan keamanan. Agensi ini juga telah membangunkan sistem kawalan yang menghalang bahan-bahan atom daripada penggunaan ketenteraan. Selepas kemalangan nuklear di Chernobyl pada tahun 1986, agensi tersebut telah mengadakan dua perjanjian antarabangsa, iaitu Konvensyen Pemberitahuan Awal Kemalangan Nuklear dan Konvensyen Bantuan dalam Kes Kemalangan Nuklear atau Kecemasan Radiologi. |
graphite lines | garis grafit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Garis tegak berwarna hitam yang dicetak di bahagian belakang setem British dalam tahun 1957, yang ada kaitannya dengan penggunaan mesin isih automatik. |
H-line | garis H | Kesenian | Tiada | Rupa bentuk pakaian lurus yang bertali pinggang atau berkelim di pinggul. Dipopularkan oleh perancang busana Christian Dior, Perancis, pada tahun 1957. |
partially-penetrating well | perigi separa tembus | Hidrogeologi | Tiada | Perigi yang menembusi sebahagian dari ketebalan lapisan tepu akuifer atau jarak pemasukan air kurang dari ketebalan akuifer tepu jika sebahagian dari paip lindungnya berpenapis. Ruj.: Hantush 1957 Sin.: perigi tak sempurna |
artificial meteor | meteor buatan | Matematik | Tiada | Pelet aluminimum berdiameter 1/2 inci dan berat beberapa gram, yang dilancarkan di angkasa lepas, pada ketinggian 55 batu dan kelajuan 40 000 batu sejam yang dilakukan pada tahun 1957. Banyak pelet ini dipercayai masuk ke angkasa dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbit seperti komet atau ditelan matahari. |
capillary potential | keupayaan rerambut | Hidrogeologi | Tiada | Jumlah kerja yang perlu untuk menggerakkan satu unit berat (atau jisim) air dari suatu permukaan air bebas ke suatu titik yang ditentukan dalam tanih di paras permukaan air. (Dimensi: L) Ruj.: Scheidegger 1957 Sin.: matriks keupayaan |
Colombo Plan | Rancangan Colombo | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Rancangan yang dilancarkan pada tahun 1951. Sekretariatnya terletak di Colombo, Sri Lanka. Rancangan ini diwujudkan dalam usaha kerjasama bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi dan sosial negara Asia Tenggara dan Asia Selatan. Rancangan ini lahir daripada persidangan menteri luar negara maju Kumpulan Tujuh (G7). Bantuan di bawah rancangan ini meliputi bidang pendidikan dan kesihatan, program latihan, pinjaman modal, bekalan makanan dan peralatan serta bantuan teknikal. Perancangan asalnya hanya untuk tempoh enam tahun, iaitu dari tahun 1951 hingga 1957. Kemudian rancangan tersebut disambung untuk beberapa tahun lagi sehingga kini. Antara negara penyumbang utama rancangan ini ialah Australia, New Zealand, Jepun, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada. |