average daily gain | purata penambahan harian | Pertanian | Agroteknologi | Kadar peningkatan berat badan sehari ternakan dalam tempoh tertentu. Contohnya, seekor lembu yang meningkat 200 kg dalam tempoh 200 hari, purata penambahan hariannya ialah 1 kg. Faktor utama yang menentukan purata penambahan harian ialah kuantiti dan kualiti makanan yang diberikan selain daripada faktor baka haiwan itu sendiri. Lembu yang diberi makanan dedak dalam fidlot biasanya bertambah berat badan 1 kg/hari, manakala lembu yang meragut rumput mampu meningkat berat badannya sebanyak 0.4 kg/hari. |
quadrant method | kaedah sukuan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah yang digunakan dalam ekskavasi. Contohnya pada petak ekskavasi A3 dengan keluasan sekitar 200 sentimeter x 200 sentimeter tidak akan digali keseluruhannya tetapi hanya melihatkan 100 sentimeter x 100 sentimeter sahaja. Maka kaedah ini dikenali dengan nama kuadran A, B, C atau D (mengikut arah mata angin) petak A3. Kaedah ini juga sesuai digunakan pada petak ekskavasi yang berada di pinggir bukit atau tanah tinggi (permukaan tanah yang tidak rata). |
colour code | kod warna | Teknik | Elektrik | 1. Kod yang digunakan bagi kaedah pengecaman nilai sesuatu komponen elektrik. Misalnya, untuk perintang yang mempunyai kod warna merah, hitam, dan kuning bernilai 200 000 ohm atau 200 kohm. Jadual berikut ialah contoh kod warna bagi perintang karbon. 2. Kod yang digunakan bagi kaedah mengecam dan menunjukkan sesuatu tugas kabel, iaitu merah bererti pengalir/kabel fasa hidup/positif, biru pengalir/kabel neutral, dan hijau-kuning pengalir/kabel bumi. |
Tyler standard screen series | siri penapis piawaian Tyler | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Siri penapis atau pengayak yang berdasarkan 200 mesy sebagai 0.074 mm lubang jerlusan serbuk. Ini bermakna terdapat 200 lubang jerlusan serbuk dalam setiap keluasan satu inci persegi penapis. Setiap penapis dikenal pasti sebagai bilangan lubang jerlusan serbuk dalam keluasan satu inci persegi penapis. Keluasan lubang jerlusan penapis di bawah dalam siri Tyler bersaiz dua kali lebih kecil daripada yang terdapat pada penapis di atas. Saiz mesy di bawah adalah daripada saiz mesy di atas. |
CGA (colour graphic adapter) | CGA (Penyesuai Warna Grafik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian paparan video IBM yang pertama untuk PC dengan resolusi 200 x 320 (4 warna) atau 640 x 200 (1 warna). CGA telah pupus dan digantikan dengan EGA dan VGA. |
continental shelf | pelantar benua | Perikanan | Tiada | Kawasan dasar laut dari pantai hingga ke bahagian permulaan dasar yang curam pada kedalaman antara 100 meter hingga 200 meter. Sesetengah kawasan dasar laut mengunjur dari pantai hingga ke 200 batu nautika yang menjadi sempadan laut antarabangsa. |
color graphics adapter (CGA) | penyesuai grafik warna (CGA) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian yang dibangunkan oleh IBM untuk memaparkan imej pada skrin komputer peribadi. Resolusi paparan CGA ialah 320 x 200 piksel dengan empat warna atau 640 x 200 piksel dengan satu warna. Piawaian ini telah tidak digunakan lagi. Lihat mod paparan. |
color graphics adapter (CGA) | penyesuai grafik warna (CGA) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian yang dibangunkan oleh IBM untuk memaparkan imej pada skrin komputer peribadi. Resolusi paparan CGA ialah 320 x 200 piksel dengan empat warna atau 640 x 200 piksel dengan satu warna. Piawaian ini telah tidak digunakan lagi. Lihat mod paparan. |
amylopectin | amilopektin | Veterinar | Praklinikal | Polimer 2000 hingga 200;000 unit glukosa bercabang-cabang yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Glukosa dalam polimer tersebut terikat secara linear melalui ikatan α (1 → 6). Amilopektin dan amilosa merupakan dua komponen kanji. Amilopektin dengan iodin membentuk kompleks yang tidak kuat dan menghasilkan warna merah-ungu. |
Triassic | usia Trias | Geologi | Tiada | Kala pada masa 250-200 juta tahun dahulu, merupakan kala terawal dalam Era-Mesozoik. |