Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Amir hamzah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
divine poetrypuisi kudusKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa tema dan persoalan tcntang ketuhanan atau kepercayaan terhadap agama. Contohnya, puisi dalam kumpulan Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah.
climaxpuncakKesusasteraanPuisiUnsur ketegangan atau kerumitan yang terdapat pada puisi� puisi yang mencitrakan sesuatu kisah. Contohnya, "Syair Siti Zubaidah" dan "Balada Hang Tuah" karya Amir Hamzah. Sinonim klimaks .
euphonyeufoniKesusasteraanPuisiRangkaian bunyi vokal atau konsonan dalam baris puisi yang harmonis dan begitu enak didengar apabila dibaca atau dideklamasikan. Contohnya, puisi "Berdiri Aku" karya Amir Hamzah, dalam kumpulan Nyanyi Sunyi. Sinonim kemerduan.
credokredoKesusasteraanPuisiPuisi yang menonjolkan fahaman, kepercayaan, agama, akidah dan juga syahadah. Puisi yang dihasilkan mengandungi salah satu ataupun Iebih aspek tersebut. Contohnya, kumpulan puisi Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah.
in medias resin medias resKesusasteraanPuisiPenulisan puisi yang dimulakan pada bahagian tengah penceritaan terlebih dahulu. Kemudian dihubungkan dengan bahagian cerita yang berlaku sebelum dan sesudahnya. Contohnya, puisi "Hang Tuah" karya Amir Hamzah.
consonancekonsonansKesusasteraanPuisiPengulangan abjad konsonan yang sama dan berdekatan dalam membentuk sesuatu frasa atau kalimat. Penggunaannya bertujuan untuk menimbulkan kesan keindahan bunyi. Contohnya, 'Kaulah Kandi! Kemerlap' petikan dari puisi "Padamu Jua" karya Amir Hamzah.
metaphysical poetrypuisi metafizikaKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan pemikiran yang berhubung dengan fenomena di luar realiti. Pemikiran-pemikiran ghaib yang terungkap dalam puisi itu boleh. dikesan melalui akal fikiran yang rasional. Contohnya, puisi "Padamu Jua" dalam Nyanyi Swzyi karya Amir Hamzah.
wayang golekwayang golekMuzikTiada

Teater patung kayu tiga dimensi yang berasal dari Sunda dan daerah utara Cirebon di Jawa Timur. Ceritanya merangkumi epik India seperti Mahabharata dan Ramayana serta Serat Menak yang mengisahkan kehidupan Amir Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Patung ini dimainkan oleh seorang dalang yang menyanyi, berdialog dan bercerita di belakang sebuah rak kayu. Wayang golek diiringi ensembel gamelan.

hyperbolahiperbolaKesusasteraanTiadaGaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�.
haikuhaikuKesusasteraanTiadaSejenis puisi lirik Jepun yang ditulis dalam tiga baris, terdiri daripada 17 suku kata, iaitu lima suku kata pada baris pertama dan ketiga, serta tujuh suku kata pada baris kedua. Haiku bermula pada abad ke-16 dan berkembang maju di bawah pengaruh Matsuo Basho, penyair haiku terkenal Jepun. Matsuo menghasilkan karyanya sewaktu beliau berkelana dan bermeditasi. Haiku menampilkan fenomena atau unsur alam yang konkrit. Unsur ini menyarankan pengalaman dan realiti noumena yang abstrak. Haiku yang berjaya ialah haiku yang dapat menampilkan unsur keabadian dan unsur kesementeraan secara serentak dan harmonis. Contohnya, �Haiku Katak� oleh Basho yang amat terkenal dan telah diterjemahkan oleh Amir hamzah adalah seperti yang berikut: Paya tua beradu cendera, Tersingkir, sunyi, katak terjun, plung. Karya haiku lazimnya membangkitkan suatu kesan yang sublim dengan kesan rasa seperti wabi (kedaifan), sabi (kesafian) dan aware (kesementaraan) dalam kehidupan. Dalam haiku di atas, penghayatan terhadap kolam tua (d
12

Kembali ke atas