design for longevity | reka bentuk jangka hayat panjang | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Reka bentuk produk dari segi kualiti dan ketahanan serta mengutamakan kesederhanaan dan kebolehfungsian. Contohnya, reka bentuk bangunan warisan dunia. |
bent entry | tunduk di pintu | Kesenian | Seni Bina | Perbuatan merendahkan posisi badan apabila memasuki rumah yang mempunyai pintu yang lebih rendah daripada badan. Perbuatan ini mempunyai unsur falsafah yang menyarankan tetamu supaya menghormati tuan atau pemilik rumah. Tunduk di pintu lazim diamalkan dalam seni bina warisan Melayu, apabila pintu atau laluan masuk dibuat lebih rendah dan tidak tersergam agar tetamu tunduk apabila melalui pintu tersebut. Frank Lloyd Wright, seorang arkitek terkemuka juga telah mereka bentuk pintu masuk atau laluan utama pada bangunan rekaannya menggunakan pendekatan sedemikian. |