Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bank in

Peribahasa

98

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam musibah ada manfaat

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam musibah ada manfaat. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bankbankEkonomiTiadaInstitusi kewangan yang menjalankan urus niaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti, dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, dan bank simpanan.
agricultural bankbank pertanianEkonomiTiadaBank yang fungsi utamanya memberi pinjaman kepada petani, nelayan, dan penternak untuk menjalankan perusahaan pertanian. Bank ini beroperasi seperti bank pinjaman, tetapi pinjaman diberi dengan kadar bunga yang lebih rendah daripada kadar bunga pasaran dan dengan syarat yang longgar.
advising bankbank maklumPentadbiranTiadaBank penghubung bagi bank pengimport.
accepting bankbank penerimaPentadbiranTiadaBank yang dilantik oleh bank penerbit untuk menerima draf yang dikeluarkan oleh benefisiari dan mematuhi syarat dalam kredit berdokumen.
bank draft, banker's draftdraf bankEkonomiTiadaCek yang boleh dibayar atas permintaan bank yang mengeluarkan draf bank tersebut. Oleh sebab draf bank ini dikeluarkan oleh bank berkenaan itu sendiri, maka draf bank itu boleh dianggap sebagai wang tunai. Ini kerana jumlah wang yang tercatat pada draf bank dijamin ada dalam simpanan bank. Sinonim cek bak.
World BankBank DuniaSains PolitikHubungan AntarabangsaBank yang terdiri daripada Bank Antarabangsa untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (IBRD) yang ditubuhkan pada tahun 1945, Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) ditubuhkan pada tahun 1960, Kerjasama Kewangan Antarabangsa (IFC) ditubuhkan pada tahun 1956 dan Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral (MIGA) ditubuhkan pada tahun 1988. Objektif utama badan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup di negara sedang membangun dengan cara menyalurkan sumber kewangan daripada negara maju. Penekanan diberikan terhadap pembasmian kemiskinan serta pemuliharaan alam sekitar.
bank notewang kertas bank; nota bankPentadbiran PerniagaanTiadaWang yang dicetak oleh bank pusat sesebuah negara, berupa nota janji yang mempunyai nilai seperti yang tercatat di atas nota tersebut.
savings bankbank simpananEkonomiTiadaBank yang fungsi utamanya menerima deposit daripada orang ramai dan menguruskan simpanan yang kecil jumlahnya. Misalnya, Bank Simpanan Nasional/.
mudarabah interbank investmentpelaburan mudarabah antara bankEkonomiEkonomi IslamPelaburan yang dibuat oleh sebuah bank di bank yang lain dengan menggunakan prinsip mudarabah. Pelaburan ini biasanya dibuat oleh bank yang mempunyai lebihan dana untuk dilaburkan di bank lain yang memerlukannya. Bank boleh menggunakan instrumen tersebut bagi menguruskan mudah tunainya. Tempoh minimum pelaburan adalah selama satu malam.
merchant bankbank saudagarEkonomiTiadaBank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat, terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai.
12345678910...

Kembali ke atas