Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Biru kuning


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asubenang asuKesenianTiadaBenang kapas berwarna biru, kuning dan merah yang digunakan untuk membuat sulaman di India.
color deviantdevian warnaPerubatanTiadaSeseorang yang mengalami persepsi warna yang tidak normal. Biasanya individu berkenaan tidak dapat membezakan sepasang warna primer (merah-hijau atau biru-kuning).
hemimorphitehemimorfitGeologiTiadaMineral tanpa warna atau berwarna kuning, biru, hijau pucat, atau putih yang mempunyai struktur hablur ortorombus; bijih zink.
hemimorphitehemimorfitKimiaTiadaMineral tanpa warna atau berwarna kuning, biru, hijau pucat, atau putih yang mempunyai struktur hablur ortorombus; bijih zink.
false-colour infrared photographygambar inframerah palsuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiGambar warna palsu yang digunakan dalam forografi udara yang berkembang pesat di Amerika. Warna palsu dirujuk kepada fitur tertentu yang wujud dalam warna merah, kuning, biru dan sebagainya yang tidak mempunyai hubungan dengan warna asal tetapi menampakkan perbezaannya. Filem inframerah bertindak balas ke atas kualiti penyerapan air yang wujud dalam pelbagai fitur, perubahan tanaman dan kewujudan jalan raya yang tidak kelihatan. Teknik ini juga boleh dirakam melalui satelit.
topaztopazGeologiTiadaMineral neosilikat berwarna merah, kuning, hijau, biru atau perang yang menghablur dalam sistem ortoromfus.
hueronaFizikOptikNama warna seperti merah, kuning, hijau, biru atau ungu menurut tanggapan seseorang.
Blue BookBuku BiruTeknologi MaklumatTiadaNama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan format untuk CD dipertingkatkan untuk memasukkan data multimedia ke atas CD audio piawai. Buku Biru dibangunkan pada tahun 1995 daripada tambahan Buku Oren yang dibangunkan oleh Philips dan Sony pada tahun 1988. Spesifikasi Buku Biru dibina berasaskan Buku Merah dan Buku Kuning. Buku Biru ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna biru. Begitu juga Buku Oren, Buku Merah dan Buku Kuning. Banding Buku Merah, Buku Kuning dan Buku Oren.
Yellow BookBuku KuningTeknologi MaklumatTiadaNama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan format untuk CD-ROM. Buku Kuning adalah perluasan Buku Merah yang membolehkan CD menyimpan data selain daripada data audio. Buku Kuning hanya mentakrifkan susunan fizikal data pada CD. Piawaian lain digunakan untuk mentakrifkan direktori dan struktur fail. Buku Kuning ini dibangunkan pada tahun 1988 oleh Philips dan Sony dan diterima pakai oleh ISO pada tahun 1989. Buku Kuning ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna kuning. Begitu juga Buku Oren, Buku Merah dan Buku Biru. Banding Buku Merah, Buku Biru dan Buku Oren.
erythrochloropiaeritrokloropiaPerubatanTiadaKebolehan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau, tetapi bukan biru atau kuning.
1234

Kembali ke atas