therapeutic index | indeks terapeutik | Farmasi | Farmaseutik | Nisbah antara dos toksik dengan dos terapeutik. Semakin tinggi indeks terapeutik, semakin tinggi kadar selamat dos terapeutiknya. Dihitung melalui formula yang berikut:

Indeks terapeutik = TD50/ED50

TD50 ialah dos toksik kepada 50% populasi dan ED50 ialah dos minimum efektif kepada 50% populasi. |
half-life | separuh hayat | Farmasi | Farmaseutik | Masa yang diperlukan oleh tubuh, tisu atau organ untuk memetabolismekan, mengumuhkan atau menyahaktif separuh bahan yang masuk ke dalam tubuh.

menyinga (Br.) | menyinga (Br.) | Kesenian | Tiada | Proses menjahit tulang-tulang di bahagian luar seraung. Tulang-tulang ini dibuat daripada buluh atau rotan. |
seraung (Br.) | seraung (Br.) | Kesenian | Tiada | Penutup kepala berbentuk kon yang dianyam daripada rotan atau buluh. Biasannya penutup kepala ini digunakan oleh kaum wanita sebagai pelindung matahari semasa bertani. |
penganitan (Br.) | penganitan (Br.) | Kesenian | Tiada | Proses meracik kelawak dari luar ke dalam untuk menjadi beberapa bilah yang nipis. Lapis pertama ialah kulit buluh yang halus dan sesuai untuk bahagian luar seraung dan lapis yang kasar sesuai untuk bahagian dalam seraung. |
sinadeh (Br.) | sinadeh (Br.) | Kesenian | Tiada | Punca anyaman di bahagian luar sarung. Jalur-jalurnya adalah daripada lapisan yang terbaik iaitu lapisan pertama buluh dan bemban. |
kayu gajus (Br.) | kayu gajus (Br.) | Kesenian | Tiada | Pokok yang kulitnya digunakan untuk mendapatkan warna hitam. Proses ini dimulakan dengan mengasap buluh, kemudian disapu dengan kulit kayu gajus. |
sidip-sidip (Br.) | sidip-sidip (Br.) | Kesenian | Tiada | Alat daripada kayu bengkala, berbentuk leper dan panjangnya 4 inci digunakan untuk menyangkut bilah-bilah buluh semasa menganyam seraung. |
anyam putih (Br.) | anyam putih (Br.) | Kesenian | Tiada | Teknik anyam kosong tanpa corak pada seraung. |
kelarai jengking(Br.) | kelarai jengking(Br.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur haiwan berbentuk ekor jengking atau kala, lazimnya terdapat pada seraung. |