diagnostic set | set diagnostik | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Set peralatan yang digunakan oleh pakar perubatan untuk melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Set diagnostik yang dilengkapi dengan teknologi terkini dapat membantu pakar perubatan melakukan pemeriksaan dengan lebih cepat dan mendapatkan diagnostik yang lebih tepat untuk pelbagai jenis penyakit. |
the Diagnostic and Statical Manual of Mental Disorders (DSM-IV-TR); | Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental (DSM-IV-TR) | Psikologi | Psikologi Umum | Manual kecelaruan mental yang digunakan untuk mengenal pasti atau mendiagnosis jenis tingkah laku abnormal secara lebih sistematik. Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental terdiri daripada empat edisi yang diterbitkan oleh American Psychiatric Association untuk mengklasifikasikan kecelaruan psikologikal bagi tujuan pendiagnosisan untuk mencari terapi yang terbaik. Manual ini ialah versi terkini yang bukan sahaja satu dokumen saintifik tetapi juga dokumen sosial. Mengikut manual ini, kebanyakan kecelaruan psikologi sebahagiannya adalah berpunca daripada masalah biologi, masalah sosial dan penyalahgunaan dadah. Antara kecelaruan yang disenaraikan termasuklah kecelaruan psikotik, kehilangan rasa hati, keresahan, somatoform, disosiatif, gangguan personaliti, masalah identiti seksual dan gender, kecelaruan mental atau kognitif dan tabiat makan. |
remote diagnostic | diagnostik jauh | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang digunakan untuk menyelenggara komputer terangkai yang terletak di lokasi yang berjauhan daripada pentadbir sistem. Perisian ini membenarkan pentadbir sistem mengawal paparan skrin, sistem pengendalian, dan semua perkakasan dan perisian dalam sistem jarak jauh. Perisian ini biasanya digunakan untuk tujuan pemantauan prestasi komputer dan penyelenggaraan komputer. Walau bagaimanapun, perisian ini boleh disalahgunakan oleh pengguna hasad untuk memperoleh capaian terlarang pada komputer sasaran. Contoh perisian diagnostik jauh ialah RealVNC dan pcAnywhere. |
diagnostic | diagnostik | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan tanda, gejala atau cara yang dapat mengesahkan diagnosis sesuatu penyakit. |
diagnostic conjecture | diagnostik rambang | Kesusasteraan | Tiada | Dasar yang menentukan kesahihan sesuatu fakta yang belum sah dalam sesebuah naskhah. Contoh: perkataan, tarikh, pengarang dll. |
diagnostic coverage | perlindungan diagnostik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi kemalangan dan penyakit yang menyediakan perlindungan perbelanjaan sehingga ke satu jumlah yang ditetapkan bagi pemeriksaan sinar-X atau ujian makmal yang lain. |
diagnostic investigation | penyiasatan diagnostik | Perubatan | Tiada | Penyiasatan yang khusus untuk mengenal pasti penyakit atau penyebabnya. |
diagnostic kit | kit diagnostik | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk memeriksa pesakit bagi mengenal pasti penyakit. |
diagnostic laboratory | makmal diagnostik | Perubatan | Tiada | Makmal yang menjalankan penyiasatan untuk mengenal pasti penyakit atau penyebabnya. |
diagnostic procedure | prosedur diagnostik | Perubatan | Tiada | Tatacara pemeriksaan dan penyiasatan yang dilakukan terhadap pesakit untuk mengenal pasti penyakit. |