Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
big datadata rayaBioinformatikBioinformatik MolekulSet data yang terlalu besar dan kompleks yang memenuhi kriteria definisi data raya, iaitu isi padu, kelainan dan halaju.
big datadata rayaTeknologi MaklumatTiadaTiada
big datadata rayaSTEMTiadaTiada
Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE)Pengenalpastian Kawasan Panas Tumpuan Dinamik (HIDE)Kesihatan AwamTiadaAnalisis data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi kawasan panas penularan wabak COVID-19 dalam jangka masa tujuh hari. Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada. Sistem HIDE akan menyenaraikan premis berisiko. Senarai ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan kawalan kendiri oleh masyarakat umum dan premis perniagaan.
pollsterpeninjau pendapat awamSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau organisasi yang mengendalikan tinjauan pendapat awam. Individu atau organisasi ini bertanggungjawab memproses setiap perolehan tinjauan yang telah dibuat bagi mengumpulkan data-data untuk menghasilkan satu rumusan tinjauan pendapat. Lazimnya, rumusan tinjauan ini akan digunakan oleh parti-parti politik atau media untuk menyediakan strategi dalam menghadapi pilihan raya. Contohnya, akhbar News Straits Times dan Star sering menjadi peninjau pendapat setiap kali menjelang pilihan raya. Sinonim peninjau pengundi.
information superhighwaylebuh raya maklumatTeknologi MaklumatTiadaRangkaian maklumat dan komunikasi yang berlebar jalur tinggi di peringkat sesuatu negara atau kawasan termasuk internet dan jenis-jenis rangkaian lain seperti rangkaian telefon, rangkaian kabel TV dan rangkaian satelit komunikasi. Lebuh raya ini digunakan untuk menghantar dan menerima data, suara, multimedia, video dan lain-lain maklumat.
global information highwaylebuh raya maklumat sejagatTeknologi MaklumatTiadaRangkaian maklumat dan komunikasi yang berlebar jalur tinggi dan disambung ke seluruh dunia (tidak terhad kepada sesuatu negara) termasuk internet dan jenis-jenis rangkaian lain seperti rangkaian telefon, rangkaian kabel TV dan rangkaian satelit komunikasi. Lebuh raya ini diguna untuk menghantar dan menerima data, suara, multimedia, video dan lain-lain maklumat seperti penyiaran.
topographic mappeta topografiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPeta yang mengandungi huraian secara terperinci bagi sesuatu kawasan yang khusus. Peta ini mengandungi perincian kedudukan dan sistem sungai, nama bandar atau penempatan, jalan raya dan keadaan muka bumi. Peta topografi juga mengandungi garisan kontur yang menggambarkan keadaan tinggi atau rendah tanah. Dalam arkeologi, peta topografi amat penting kerana memberikan gambaran lingkungan tapak kajian dan hubungannya dengan data.
geographic information systemsistem maklumat geografiPertanianAgroteknologiSatu pangkalan data digital yang menyimpan maklumat sesuatu lokasi kawasan seperti jenis tanah, iklim, jenis tanaman, jalan raya dan populasi. Kedudukan lokasi tersebut ditentukan dengan menggunakan koordinat peta (garis bujur dan garis lintang). Pengguna sistem maklumat ini mudah mengakses maklumat untuk digunakan dalam merancang sesuatu aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. Singkatan GIS.
decision support systemsistem sokongan keputusanPengurusanPerancanganSuatu sistem aplikasi dan interaktif, berasaskan komputer yang menggunakan model-model pembuatan keputusan dan pangkalan-pangkalan data yang khusus untuk menyokong pembuat keputusan sesebuah organisasi. Contohnya, sistem perolehan bekalan oleh pasar raya yang perlu membuat penilaian dan memilih pembekal.
12

Kembali ke atas