balau | balau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu berat Shorea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu. Spesies utama balau ialah Shorea atrinervosa, S. fox worthyi, S. glauca, S. laevis, S. materialis, S. maxwelliana, S. submontana, dan S. sumatrana. Gubal kayu balau berwarna kuning atau coklat kelabu dan bertukar menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya yang halus dan sekata dengan ira yang berpintal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu jenis ini tahan dan kuat, dan sukar dikerjakan. Kayu balau sesuai untuk struktur binaan seperti kayu landasan keretapi, dan juga untuk perabot kegunaan lasak. |
meranti kuning | meranti kuning | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu kumpulan Richetia dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar hitam, dan di Sabah ialah seraya kuning. Spesies utamanya termasuk Shorea dolichocarpa, S. faguetians, S. gibbosa, S. hopeifolia, S. maxima, S. longisperma, dan S. multiflora. Gubal kayu meranti kuning berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kehijauan. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses, dikemas siap, dan dikeringkan, tetapi mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu meranti kuning sesuai untuk dibuat lantai, papan panel, perabot, dan terutamanya bagi pembuatn venir dan papan lapis. |
P wave | gelombang P | Geologi | Tiada | Sejenis gelombang jasad seismos yang pergerakan zarahnya selari dengan arah rambatan gelombang, merupakan gelombang seismos yang terpantas, bergerak 5.5-7.2 km/s di kerak dan 7.8-8.5 km/s di mantel atas. |
competitive parallel reaction | tindak balas selari bersaing | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tindak balas yang bahan tindak balas, A akan menghasilkan produk yang berbeza, R dan S di dalam satu reaktor bergantung pada keadaan suhu dan kepekatan bahan tindak balas yang berbeza, dan dapat ditunjukkan dalam persamaan tindak balas berikut: R A / S. |
secondary wave | gelombang sekunder | Geologi | Tiada | Gelombang seismik yang merambat dengan kelajuan 3 hingga 4km/s di dalam kerak bumi yang disebabkan pergerakan ricih bahan. |
midnight sun | matahari tengah malam | Geografi | Tiada | Fenomena yang berlaku di antara bulan Mei dan Julai di hemisfera U dan di antara November dan Januari di hemisfera S, apabila matahari kekal di atas horizon bila dilihat di antara garis, latitud 632o - 90o U dan S daripada Khatulistiwa. Kawasan utara Skandinavia biasa dikenali sebagai kawasan Matahari Tengah Malam. |
equation of equilibrium | persamaan keseimbangan | Mekanik | Gunaan | Sepasang persamaan vektor yang menjadi syarat keseimbangan jasad atau sistem jasad. Persamaan tersebut ialah, S F = 0 S M = 0 dengan S F sebagai daya paduan dan S M sebagai momen paduan yang bertindak pada jasad. Ungkapan pertama menyatakan bahawa, untuk keseimbangan, hasil tambah bagi semua daya yang bertindak pada jasad adalah sifar. Ungkapan kedua pula menyatakan bahawa, untuk keseimbangan, jumlah momen di sekitar sebarang paksi adalah sifar. Kedua-dua syarat yang dimanifestasikan oleh ungkapan-ungkapan itu adalah perlu dan memadai untuk keseimbangan. Persamaan itu dikatakan perlu kerana apabila keadaan pertama sahaja wujud, akan berlaku ketakseimbangan dari segi putaran; sebaliknya, jika keadaan yang kedua sahaja wujud, ketakseimbangan wujud dari segi alihan. Persamaan itu dikatakan memadai kerana, apabila kedua-dua syarat dipenuhi, maka tiada syarat yang lain diperlukan lagi untuk keseimbangan. Perhatikan bahawa untuk zarah, syarat kedua S M = 0 tidak relevan dan syarat S F = 0 adalah perlu dan memada |
S-curve | keluk S | Pendidikan | Tiada | Garis keluk S dalam graf yang menyatakan kemajuan dan penerimaan sesuatu inovasi atau program di dalam sesuatu sistem sosial. |
dilatational wave | gelombang pendilatan | Geologi | Tiada | Sejenis gelombang jasad seismos yang melibatkan gerakan zarah dalam arah perambatan, merupakan gelombang seismos terpantas, bergerak 5.5 - 7.2 km/s dikerek dan 7.8 - 8.5 km/s di mantel atas. |
kelumpang | kelumpang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Sterculia spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah biris. Spesies utama kayu ini termasuk Sterculia cordata, S. kunstleri, S. macrophylla, dan S. parvifolia. Gubal kayu kelumpang dan teras kayunya sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning jerami atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai sel ruji yang besar dan lebar, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu kelumpang mudah dikerjakan tetapi kurang tahan dan mudah diserang kumbang bubuk dan anai-anai kayu kering. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak pembungkus, venir kor, papan lapis, dan kayu sampan. |