low energy electron diffraction (LEED) | belauan elektron tenaga rendah (LEED) | Fizik | Nanoteknologi | Belauan elektron bertenaga 5 eV - 500 eV oleh suatu hablur. Elektron yang terserak tanpa kehilangan tenaga dipecutkan ke skrin pendarfluor untuk menghasilkan corak belauan. Belauan ini digunakan untuk mengkaji struktur permukaan hablur tunggal. |
electron-volt (eV) | elektron-volt (eV ) | Fizik | Atom dan Nuklear | Unit tenaga yang digunakan dalam fizik atom dan nuklear, menyamai tenaga yang diterima oleh satu elektron apabila melalui keupayaan elektrik satu volt di dalam vakum. Nilainya bersamaan dengan 1.6022 x 10-19 J. |
Solov'ev's projection | unjuran Solov'ev | Geografi | Tiada | Tiada |
epithermal neutron | neutron epiterma | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : neutron lambat Neutron yang bertahap tenaga lebih tinggi sedikit daripada tahap tenaga neutron terma, iaitu sekitar 0.025 eV hingga 100 eV. Neutron ini disebut juga neutron lambat. |
volumetric strain | terikan isi padu | Mekanik | Gunaan | Nisbah perubahan isi padu jasad terhadap isi padu asalnya. Ia adalah hasil tambah tiga terikan koordinat linear, ev = ex + ey + ez dengan ev sebagai terikan isi padu sementara ex, ey dan ez masing-masing adalah terikan linear pada arah paksi-x, y dan z. |
shear stress for turbulent flow | tegasan ricih aliran gelora | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tegasan ricih aliran lamina campur tegasan Reynolds yang dijelaskan sebagai t = (m + Ev) dux/dy, dengan t = tegasan ricih gelora, m = kelikatan, Ev = kelikatan pusar, dux/dy = kecerunan halaju. atau t = (v + eM) d (ru) / dy, dengan v = kelikatan kinematik, eM = kemeresapan pusar, u = halaju, y = jarak. |
oxygen log | log oksigen | Kejuruteraan | Petroleum | Log neutron yang prinsip pengukurannya berdasarkan gerak balas beradioaktif yang diberikan oleh atom oksigen apabila ia dilanggar oleh neutron laju (bertenaga sekitar 14 Juta eV). Atom oksigen memancarkan sinar gama aruhan yang bertenaga sekitar 2 juta eV yang sangat cepat memupus atau mereput akibat daripada perlenggaran itu. Keamatan sinar agama ini boleh dikesan dan dapat diterjemahkan kepada nilai keporosan formasi. Nilai keporosan ini direkod terhadap kedalaman. |
electronvolt | elektronvolt | Geologi | Tiada | Unit tenaga, simbol eV, yang ditakrifan sebagai tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan satu elektron melalui beza keupayaan satu volt. |
megaelectronvolt | megaelektronvolt | Kejuruteraan | Tiada | Unit tenaga bersamaan 1 juta eV. |
electron volt | elektron volt | Kimia | Tiada | Unit tenaga, simbol eV, yang ditaktifkan sebagai tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan satu elektron melalui beza keupayaan satu volt. Satu elektron volt bersamaan 1.602 x 10-19 joule. |