statutory body | badan berkanun | Pentadbiran | Tiada | Agensi yang diperbadankan di bawah akta parlimen atau enakmen negeri yang berperanan melaksanakan dan melancarkan fungsi jabatan kerajaan. Badan berkanun bersifat separa kerajaan yang bertujuan menjalankan aktiviti bercorak komersil atau separuh komersil. Sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran badan berkanun seperti fungsi, urusan perkhidmatan, peruntukan kewangan dan perjawatan diperuntukkan di bawah akta atau enakmen yang berkaitan. Contohnya, FELDA, MARA, FAMA dan RISDA. |