eu-plastic | eu-plastik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Sifat dilatan bahan plastik yang mengecut pada keadaan awal dan mengembang semula hingga mencapai pengembangan maksimum sebelum lengkung pengembangannya mendatar pada suhu yang lebih tinggi. |
Euler number | nombor Euler | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah daya tekanan terhadap daya inersia yang dijelaskan sebagai Eu = P/ru2, dengan Eu = nombor Euler, P = tekanan, r = ketumpatan, u = halaju. |
europium | europium | Kimia | Tiada | Unsur logam nadir bumi dalam siri lantanid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol EU, nombor atom 63, berat atom 151.96 nombor pengoksidaan +2 dan +3, takat lebur 822oC, takat didih 1597oC, wujud dalam bentuk pepejal berwarna putih perak, lembut, tertempakan, mudah teroksida di dalam udara dan merupakan unsur paling reaktif dalam kumpulan logam nadir bumi. Logam ini terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu Eu-153 dan Eu-151. Sumber semula jadi europium ialah bijih monozat dan bastnasit. Europium diperoleh daripada penurunan europium oksida dengan lantanum. Unsur ini digunakan sebagai penyerap neutron. |
europium | europium | Kimia | Tiada | Unsur lantanid, simbol Eu, berat atom 151.96, nombor atom 63, takat lebur 826oC. |
environmental performance tool | pengukur prestasi alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Instrumen yang digunakan untuk mengukur prestasi alam sekitar. Contohnya, ISO 14001:2015 dan Ekopengurusan dan Skim Audit EU (EMAS). |
Intergovernment Organization (IGO)) | Organisasi Antara Kerajaan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi yang anggotanya terdiri daripada negara sebagai pelaku. Keanggotaannya tidak meliputi kumpulan berkepentingan atau individu tertentu. Contoh pertubuhan antara kerajaan ialah ASEAN, PBB, NATO dan EU. Sinonim IGO. |
Treaty of Rome | Perjanjian Rom | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1957 untuk merasmikan penubuhan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) yang menyediakan pasaran bersama pelbagai hasil antara negara anggota. EEC kemudiannya berkembang menjadi Komuniti Eropah (EC) dan Kesatuan Eropah (EU). |
regional economic block | blok ekonomi serantau | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kumpulan negara yang terbentuk daripada persamaan geografi atau geopolitik. Matlamat penubuhan blok ekonomi serantau adalah untuk menggalakkan perdagangan dan integrasi ekonomi antara negara anggota. Contohnya, blok ekonomi serantau di Eropah Barat, iaitu Kesatuan Eropah (EU), di Amerika Utara, iaitu Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). |
shif reagent | reagan anjakan | Kimia | Kimia Analisis | Bahan kimia yang digunakan dalam spektroskopi RMN untuk memisahkan isyarat-isyarat yang bertindih pada spektrum RMN hidrogen (H). Misalnya pertindihan isyarat untuk proton aromatik pada julat 6.5-8.0 ppm. dapat dipisahkan dengan baik apabila reagen anjakan seperti Eu(dpm) ditambahkan. |
White Book | Buku Putih | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Buku panduan terbitan Suruhanjaya Komuniti Eropah berkenaan kriteria Penilaian Keselamatan Teknologi Maklumat (ITSEC). Kriteria penilaian ini merupakan pemiawaian yang menghuraikan tahap jaminan keselamatan sistem maklumat. Sijil pencapaian berperingkat diberikan kepada sistem maklumat berdasarkan kadar pencapaian kriteria penilaian ini. ITSEC diperakui oleh semua negara Kesatuan Eropah (EU). Buku Putih disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna putih. |