GPS | GPS | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat: Global Positioning System |
GPS | GPS | Aeroangkasa | Tiada | Singkatan bagi global positioning system. Sistem bagi menentukan kedudukan objek dengan bantuan satelit. |
GPS | GPS | Pertanian | Agroteknologi | Singkatan bagi global positioning system. Lihat sistem penempatan global. |
geographical positioning systems (GPS) | sistem kedudukan geografi (GPS) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah untuk menentukan kedudukan dan/atau ketinggian sesuatu lokasi dengan menggunakan alat khusus. Data yang diberikan merupakan bacaan berdasarkan garisan melintang dan membujur. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, alat ini hendaklah digunakan di kawasan terbuka bagi memudahkannya mengesan isyarat satelit. Keadaan cuaca juga memainkan peranan yang penting dalam penggunaan alat ini, kerana keadaan cuaca yang redup, berawan dan berhutan tebal akan menyukarkan penerimaan isyarat satelit. Sistem ini juga boleh digunakan untuk merakam pergerakan individu atau kumpulan dalam sesuatu ekspedisi. |
geospatial technology | teknologi geospatial | Pertanian | Agroteknologi | Teknologi yang digunakan untuk memetakan sesuatu kawasan dengan kaedah digital. Teknologi ini menggunakan tiga komponen, iaitu GPS, GIS dan RS. Teknologi ini memerlukan peralatan khusus, umpamanya GPS yang merupakan alat untuk mengesan kedudukan, GIS, iaitu perisian untuk mengintegrasi dan menterjemahkan data dan RS, iaitu sistem satelit untuk mengesan imej daripada jarak jauh. Teknologi geospatial digunakan bertujuan untuk menangani masalah persekitaran, ekologi, geologi dan epidemologi. Lihat juga GPS, GIS, RS. |
global positioning system (GPS) | sistem penentu kedudukan global | Perikanan | Tiada | Peralatan elektronik yang digunakan untuk menentukan lokasi di bumi. Alat ini berinteraksi dengan beberapa satelit dan merekodkan kedudukan dalam bentuk darjah garis lintang dan garis bujur. Kedudukan tersebut boleh dibaca pada skrin GPS. Alat ini juga boleh digunakan untuk menentukan kelajuan, arah dan jarak perjalanan dalam aktiviti perikanan rekreasi. |
global positioning system (GPS) | sistem penentududukan sejagat | Geografi | Tiada | Tiada |
global positioning system (GPS) | sistem kedudukan global | Aeroangkasa | Tiada | Alat pandu arah yang menentukan kedudukan dan halaju sesebuah pesawat udara melalui sistem satelit.,Bikon radio berarah yang menunjukkan kepada juruterbang kedudukan garis tengah landasan semasa hendak mendarat.,Alat pandu arah yang menentukan kedudukan dan halaju sesebuah pesawat udara melalui sistem satelit. |
smart luggage | bagasi pintar | Umum | Tiada | Bagasi yang dilengkapi dengan beberapa teknologi canggih, seperti pengesan GPS, pengecas USB dan kunci pintar. |
MEMS ( microelectro mechanical systems ) | MEMS (sistem mikroelektromekanik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang menggabungkan komputer dengan peranti mekanikal kenit seperti penderia, injap, gear, dan cermin yang ditanam dalam cip semikonduktor. MEMS digunakan dalam pengawalan beg udara kereta GPS dan peranti pensuisan optik. |