sodium carbonate | natrium karbonat | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : abu soda. Bahan kimia yang banyak digunakan untuk merawat lumpur yang tercemar oleh kalsium. Bahan ini juga digunakan untuk meningkatkan ketumpatan air garam (air yang mengandungi NaC1). Penambahan naterium karbonat dapat mengakibatkan peningkatan pH bendalir. |
sodium silicate muds | lumpur natrium silikat | Kejuruteraan | Petroleum | Lumpur kelas khas yang terdiri daripada natrium silikat, garam air dan lempung sebagai bahan dasarnya. Fungsi utama natrium silikat di dalam lumpur ini adalah sebagai pembantut terhadap bahan-bahan kimia yang lain. |
hydrolysis | hidrolisis | Hidrologi | Tiada | Tindak balas kimiawi air yang bersongsangan dengan pembentukan garam. Air sebagai bahan tindak balas mengakibatkan suatu pecahan ikatan. |
neutralization | peneutralan | Kimia | Tiada | Pembentukan garam dan air dengan mencampurkan bes ke dalam larutan berasid atau asid ke dalam larutan berbes. Tindak balas asas melibatkan: asid + bes ⇌ garam + air. Misalnya, HC1 + NaOH ® NaC1 + H2O. Peneutralan tidak bermakna bahawa pH larutan mesti bernilai 7.0, tetapi ia hanya merupakan titik kesetaraan tindak balas apabila setiap mol bes (OH‒) telah bertindak balas dengan satu mol asid (H+) dan sebaliknya. |
brine | air garam | Kimia | Tiada | 1. Larutan pekat natrium klorida di dalam air. 2. Sebarang larutan natrium klorida dan air yang lazimnya mengandungi garam-garam lain. Air garam terdapat semula jadi sebagai air laut, dan merupakan sumber bagi kebanyakan sebatian tak organik, seperti bromin, klorin, dan kalium klorida. Air garam juga digunakan untuk mengawet bahan makanan. |
desalination syn. desalting, see also sea-water conversion | pengawaasinan | Hidrologi | Tiada | Sebarang proses yang sudah mapan, yang dipakai untuk mengurangkan dengan secukupnya kandungan garam air payau atau air masin untuk menjadikan air itu sesuai bagi penggunaan manusia, haiwan, industri atau tujuan lain yang tertentu. |
water, brackish syn. water, saline | air payau | Hidrologi | Tiada | Air yang kandungan garamnya jelas lebih rendah dari kandungan garam air laut. Kepekatan TDS biasanya bernilai antara 1,000 sampai 10,000 mg/l. |
brackish water | air payau | Biologi | Ekologi | Air yang kandungan garamnya lebih rendah daripada air laut, tetapi melebihi kandungan garam air tawar, misalnya air di sekitar muara sungai. |
saltwater wedge | baji air garam | Hidrologi | Tiada | Baji air garam yang diakibatkan oleh penerobosan air garam. |
salt-water wedge | baji air garam | Geologi | Tiada | Baji air garam yang diakibatkan oleh penerobosan air garam. |