Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benchmarkingpenandaarasanPentadbiranPentadbiran Awam

Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti, mengamalkan dan membudayakan amalan kerja organisasi yang terbaik dan cemerlang di dalam atau di luar organisasi. Penandaarasan juga merupakan satu tindakan untuk memperkukuh pelaksanaan PKM dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan agensi kerajaan. Bagi memudahkan agensi kerajaan melaksanakan program penandaarasan, kerajaan telah mengenal pasti satu garis panduan yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1999, iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam. Penandaarasan dilaksanakan dengan cara membandingkan aktiviti atau pencapaian teras organisasi dengan badan dalam atau luar organisasi dalam kategori yang sama. Contohnya, perbandingan standard perkhidmatan kaunter pelanggan Pos Malaysia dengan Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.

basic guidelinegaris panduan asasPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen khas yang menjadi rujukan utama setiap anggota organisasi dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab. Garis panduan asas ini menjelaskan secara sistematik susunan cara bekerja, senarai tugas yang perlu dilaksanakan, fungsi dan objektif jabatan serta prosedur atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Garis panduan asas ini penting dalam memastikan setiap anggota organisasi tidak tersasar daripada kerja yang diamanahkan. Contoh garis panduan asas dalam pentadbiran awam di Malaysia ialah Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK).

policydasarPengurusanPerancanganKetetapan atau peraturan yang digubal oleh pihak pengurusan atasan sebagai garis panduan penting dalam melaksanakan pentadbiran dan operasi organisasi. Dasar yang digubal seharusnya selaras dengan keperluan asas untuk mencapai wawasan dan objektif organisasi. Dasar perlu bersifat jelas serta mudah untuk difahami oleh pekerja di semua peringkat bagi melancarkan proses pelaksanaan pentadbiran dan operasi organisasi. Contohnya, dasar kualiti sesebuah organisasi yang ditetapkan sebagai panduan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ke arah pencapaian pensijilan ISO 9001.
password policydasar kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerGaris panduan yang menyarankan pelaksanaan peraturan kata laluan. Lihat juga peraturan kata laluan.
Good Laboratory Practices (GLP)Amalan Makmal Baik (GLP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan sistem kawalan kualiti dalam pengurusan makmal dan organisasi penyelidikan untuk memastikan data dan maklumat yang dijana adalah konsisten dan boleh dipercayai. Amalan Makmal Baik melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan, perekodan, pelaporan dan pengarkiban bagi sebarang kajian bukan klinikal yang menilai kualiti dan keselamatan bahan dan produk herba. GLP bertujuan untuk menentukan status dan menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan penggunaan bahan herba. Sinonim GLP.
federal blue printrangka tindakan persekutuanPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen rasmi yang digubal oleh kerajaan persekutuan dalam merencana atau merancang program atau projek pembangunan negara. Rangka tindakan persekutuan menjadi garis panduan dan rujukan kepada pihak pemerintah atau pentadbir dalam merealisasikan matlamat dan cita-cita negara. Dokumen ini mengandungi elemen-elemen seperti teras, objektif, prinsip atau rasional dan strategi pelaksanaan khusus sesuatu aktiviti. Contohnya Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan rangka tindakan persekutuan yang digubal untuk pihak pemerintah melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun.

context of implementationkonteks pelaksanaanPentadbiranPentadbiran Awam

Skop, aspek atau pendekatan yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk melaksanakan dan menjayakan projek atau program. Konteks pelaksanaan merangkumi tindakan menyeluruh bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ke peringkat pemantauan bagi menilai dan mengenal pasti kejayaan sesuatu projek atau program yang dibuat. Konteks pelaksanaan juga berfungsi sebagai garis panduan terhadap sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, konteks pelaksanaan sesebuah projek mega mungkin akan dipecahkan kepada beberapa fasa tertentu bagi memastikan setiap aktiviti dapat memenuhi matlamat dan justifikasi yang ditetapkan.

performance supervisionpemantauan prestasiPentadbiranPentadbiran Awam

Pengawalseliaan majikan terhadap pekerja dalam konteks prestasi kerja. Setiap organisasi mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza-beza dalam membuat pemantauan. Pemantauan prestasi ini berteraskan lima kaedah utama, iaitu pengenalpastian matlamat organisasi yang hendak dicapai, penetapan standard kerja yang optimum sebagai garis panduan kerja, pelaksanaan kerja yang telah ditetapkan dan penyemakan terhadap kerja yang telah dilakukan, penilaian prestasi berdasarkan standard yang telah ditetapkan dengan yang sebenar dilakukan dan pemberian maklum balas hasil daripada penilaian yang dibuat. Biasanya, pengawalseliaan ini bukan sahaja melibatkan cara pekerja melaksanakan tugas tetapi mencakupi cara majikan menyediakan kemudahan terhadap pekerja.

administrative interventioncampur tangan pentadbiranPentadbiranTiadaTindakan pihak yang lebih berkuasa dan berada di luar badan pengurusan organisasi yang mencampuri urusan perjalanan, pelaksanaan mahupun pembuatan keputusan bagi sesuatu bidang tugas dan projek. Campur tangan pentadbiran boleh bersifat negatif mahupun konstruktif. Campur tangan yang konstruktif bertujuan untuk menjaga kepentingan organisasi dan mengelak berlakunya penyimpangan bidang tugas daripada garis panduan yang telah ditetapkan. Campur tangan ini boleh bersifat arahan, teguran, tindakan pembetulan dan penambahbaikan, kawalan serta pengawasan. Manakala campur tangan yang bersifat negatif akan cuba mempengaruhi urusan pentadbiran untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu. Campur tangan boleh berlaku dalam bentuk pembuatan keputusan yang berat sebelah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan nepotisme.

Kembali ke atas