recurring sale | jual beli istijrar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jual beli dengan mengambil barangan sedikit demi sedikit secara berterusan dan membayar keseluruhan harganya kemudian. Jual beli ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu tanpa deposit atau bersama deposit. Contohnya, jual beli istijrar tanpa deposit ialah pembeli sentiasa mengambil barang keperluan harian daripada pekedai pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga secara tunai pada hujung bulan. Jual beli istijrar bersama deposit pula ialah pembeli meletakkan sejumlah wang terlebih dahulu kepada pekedai dan mengambil barang keperluan harian daripada pekedai tersebut pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga pada hujung bulan menggunakan wang deposit berkenaan. Sekiranya wang deposit melebihi harga, wang tersebut akan dikembalikan atau dibawa ke hadapan. Sekiranya wang deposit tidak mencukupi, maka pembeli akan melunaskannya. Sinonim bai‘ istijrar jual beli istijrar. |
seistan wind | angin seistan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | angin utara yang bertiup kencang dalam musim panas di wilayah Seistan, di bahagian timur Iran dan Afghanistan. Angin ini bertiup hampir secara berterusan untuk kira-kira empat bulan (dari hujung Mei hingga ke hujung September) dan oleh itu angin ini disebut 'angin 120 hari'. Kelajuan angin ini kadangkala mencapai kelajuan taufan. |
belalai | belalai | Kesenian | Tiada | Rambu tambahan pada hujung kepala wau bulan berukuran lebih 15 cm. |
immature apex | apeks tak matang | Pergigian | Tiada | Hujung akar gigi yang belum terbentuk sepenuhnya. Hujung apeks yang tidak matang ini berkeadaan terbuka. Proses kematangan apeks mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk erupt sepenuhnya dalam mulut. |
open apex | apeks terbuka | Pergigian | Tiada | Hujung akar gigi yang belum tertutup kerana pembentukan akarnya belum sempurna. Biasanya apeks akan tertutup setelah tiga hingga enam bulan gigi erupt di dalam mulut. Sekiranya pulpa gigi apeks terbuka ini terdedah disebabkan karies atau trauma, rawatan penutupan hujung akar perlu dilakukan bagi memastikan gigi kekal dalam mulut. |
incomplete root development | pertumbuhan akar tak lengkap | Pergigian | Tiada | Akar gigi desidus atau kekal yang belum selesai pembentukannya dengan hujung apikal masih terbuka. Umumnya akar gigi lengkap terbentuk sepenuhnya enam bulan selepas gigi erupt. Rawatan apeksogenesis akan dijalankan sekiranya pembentukan akar tidak lengkap akibat trauma atau infeksi. |