National e-Learning Policy (DePAN) | Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kerangka e-pembelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia, yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia pada tahun 2011 bagi menentukan polisi dan hala tuju nasional yang jelas dan seragam untuk menjamin kelestarian kualiti perkembangan e-pembelajaran tempatan. |
mean | min | Psikologi | Psikologi Umum | Ukuran kecenderungan memusat yang dikira menggunakan rumusan matematik untuk mendapatkan purata skor. Apabila data yang diperoleh normal taburannya, maka kemungkinan min yang diperoleh menggambarkan skor yang sekata adalah tinggi. Walau bagaimanapun, min ini juga boleh memberi gambaran yang salah apabila data yang diperoleh itu banyak mempunyai pencilan. Contohnya, min ukuran ketinggian pelajar IPT Malaysia (sekiranya sampelnya mempunyai ramai pelajar luar negara) adalah sama dengan pelajar IPT United Kingdom. Padahal masyarakat mengetahui bahawa secara purata ukuran ketinggian pelajar United Kingdom adalah lebih tinggi daripada pelajar Malaysia. Oleh itu, ukuran min perlu disertai dengan ukuran lain seperti varians atau sisihan piawai. |