Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Institute of Strategic and International Studies (Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ISIS


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thiourea poisoningkeracunan tioureaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada tiourea (formula kimia, (NH2)2CS); nama lain, tiokarbamida, iaitu hablur putih, takat lebur 176�C - 178�C, Iarut dalam air dan etanol, tak larut dalam eter. Tiourea digunakan dalam fotografi, kertas fotokopi, dan sintesis organik, serta sebagai reagen anal isis, resin amino, dan perencat kulat. Tiourea ialah karsinogen dan merengsakan kulit. Penggunaan secara kronik menyebabkan goiter dan pengurangan sumsum tulang.
think tankkumpulan pemikirPentadbiranPentadbiran Awam

 Kumpulan individu yang dilantik secara rasmi atau tidak rasmi, yang bertindak sebagai pakar dalam sesuatu bidang untuk membantu kerajaan atau pihak lain dalam menyelesaikan sesuatu perkara, menyediakan maklumat yang diperlukan serta pandangan bernas untuk sesuatu strategi organisasi tersebut. Kumpulan pemikir biasanya menjadi tunggak utama dalam menjayakan sesuatu sasaran dan perancangan organisasi. Mereka juga bertindak sebagai jururunding sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara dilaksanakan. ISIS (Institute of Strategic and International Studies), merupakan kumpulan pemikir untuk kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohammad.

think tankkumpulan pemikirSains PolitikHubungan AntarabangsaKumpulan yang bertugas dalam institusi penyelidikan dasar sesebuah negara. Institusi ini berfungsi menyelaras strategi dasar kerajaan, mencadangkan alternatif dasar baru dan memastikan kesan dasar yang dipilih telah mencapai matlamat. Terdapat juga kumpulan yang mempunyai kepentingan yang bersifat kepartian yang memberi cadangan dasar kepada parti politik tertentu. Contoh kumpulan pemikir di Malaysia ialah ISIS.
naphthol poisoningkeracunan naftolKimiaForensikKeracunan akibat terdedah kepada naftol (formula kimia, C10H8O). Dos parah ialah 5g. Tanda utama keracunan ialah muntah, pengsan, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit atau membran mukus menyebabkan pelecuran tanpa sakit atau eritema. Kakisan mungkin terjadi. Gejala keracunan ialah berpeluh dengan banyak, dahaga yang teramat, loya dan muntah, cirit-birit, sianosis ekoran daripada methemoglobinemia, hiperaktiviti, stupor, tekanan darah turun, hiperpnea, sakit abdomen, hemolisis, konvulsi, koma dan edema pulmonari diikuti dengan pneumonia. Jika kematian daripada kegagalan pernafasan tidak berlaku dengan segera, demam kuning dan oliguria atau anuria' mungkin berlaku. Keracunan kronik menunjukkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Penyentuhan kulit yang berterusan kepada ?-naftol mungkin menyebabkan tumor pundi, anemia hemal isis, dan kelegapan kanta mata. Penemuan patologi ialah nekrosis membran mukus, edema serebrum, dan perubahan kerosakan hati dan buah pinggang. Nekrosis

Kembali ke atas