Industrial Technical Assistance Fund | Dana Bantuan Teknik Perindustrian | Ekonomi | Tiada | Kumpulan wang yang ditubuhkan bagi tujuan memberi geran kepada industri-industri tertentu, seperti industri kecil dan sederhana, untuk membantu mengembangkan industri berkenaan dalam bidang-bidang tertentu dengan syarat-syarat tertentu. |
landscape design | reka bentuk landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Reka bentuk dan perancangan landskap pada kawasan berskala kecil atau sederhana untuk tujuan khas seperti di taman perumahan atau di taman industri. |
zink stearate | zink stearat | Kimia | Forensik | Formula kimia, Zn(C18H35O2)2. Serbuk putih, tak larut dalam air, etanol dan eter, larut dalam benzena dan menyerap minyak dan bau dengan mudah. Zink stearat digunakan sebagai serbuk untuk mengurangkan kerengsaan kulit, sebagai astringen, dan sebagai antiseptik setempat sederhana kuat. Zink stearat juga digunakan dalam industri getah, yang had pendedahannya ialah 10 mg/m3. Kesan sampingan oleh penyedutan akan merengsa paru-paru, yang menyebabkan pneumonitis kimia progresif. |