health facilities | kemudahan kesihatan | Perubatan | Tiada | Tiada |
health care utilization | penggunaan kemudahan kesihatan | Perubatan | Tiada | Tiada |
field hospital | hospital lapangan/hospital medan | Perubatan | Tiada | Sebuah hospital sementara yang biasanya didirikan di kawasan yang mengalami bencana atau yang memerlukan kemudahan kesihatan untuk menampung jumlah pesakit yang ramai. |
County Council | Majlis Kawasan | Pentadbiran | Tiada | Badan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. |
practice management system (PMS) | perisian pengurusan amalan (PMS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang digunakan dalam penjagaan kesihatan untuk pengurusan operasi harian kemudahan kesihatan seperti jadual temu janji doktor, penjanaan laporan pesakit, urusan pentadbiran dan pembayaran bil. |
human rights | hak asasi manusia | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak dan kebebasan manusia yang utama, iaitu merangkumi hak sivil dan politik, hak ekonomi, sosial dan budaya, serta hak masyarakat. Contoh hak sivil dan politik ialah hak untuk hidup, kebebasan beragama, hak bergerak dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat. Contoh hak ekonomi, sosial dan budaya ialah hak untuk mendapatkan pekerjaan, pendidikan dan kemudahan kesihatan, manakala contoh hak masyarakat ialah hak kepada pembangunan dan hak penentuan kendiri. Hak asasi manusia tidak boleh dinafikan oleh masyarakat atau negara. Undang-undang yang berkaitan hak asasi manusia melindungi hak ini daripada pencabulan oleh kerajaan. |
public benefit | faedah Awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara. |
facility of payment clause | fasal kemudahan bayaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peruntukan dalam polisi kemalangan dan kesihatan atau insurans hayat yang menyatakan bahawa insurer boleh membayar faedah insurans kepada seseorang selain insured, waris atau estet insured. |
COVID-19 Assessment Centre (CAC) | Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) | Kesihatan Awam | Tiada | Tempat yang disediakan khas sebagai pusat rujukan bagi mengenal pasti, menilai, memantau, serta menguruskan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19. Penilaian dan pemantauan kepada kesemua pesakit ini dijalankan oleh pasukan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga serta dibantu oleh anggota-anggota sokongan klinikal yang lain. CAC beroperasi sama ada di stadium, dewan komuniti, balai raya atau mana-mana kemudahan kerajaan, bergantung kepada kesesuaian dan keperluan setempat. |
teleradiology | teleradiologi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kaedah transmisi imej radiologi seperti imej sinar-X, imbas CT, MRI dan ultrabunyi dari pelbagai lokasi dengan menggunakan komputer, rangkaian telefon dan kemudahan Internet. Transmisi imej ini dilakukan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan pakar perubatan lain atau bagi tujuan laporan pakar perubatan. Kaedah ini membolehkan pakar radiologi memberikan khidmat kepakaran mereka kepada pesakit yang sedang mendapatkan rawatan tanpa perlu berada di hospital. |