threshold analysis | analisis ambang | Sosiologi | Tiada | Analisis untuk menentukan bilangan atau saiz minimum penduduk yang diperlukan untuk menyediakan kemudahan masyarakat. |
threshold analysis | analisis ambang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Analisis untuk menentukan bilangan atau saiz minimum penduduk yang diperlukan untuk menyediakan kemudahan masyarakat. |
paternalism | paternalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang menekankan sistem pemerintahan yang memberi kuasa tertinggi kepada pemimpin untuk menguruskan masyarakat. Masyarakat ditadbir sebagai sebuah keluarga apabila pemimpin menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan asas. Dalam sistem ini, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan kedudukan pemerintah, menuntut hak yang lebih dan bercakap soal politik. Hak sivil dalam masyarakat ini terkongkong walaupun mereka mendapat pelbagai kemudahan. Contohnya, sistem pemerintahan yang diamalkan di negara Arab Saudi. |
post-industrial society | masyarakat pascaindustri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang telah melalui zaman perindustrian awal dan kini melalui zaman yang lebih maju daripada masyarakat industri. Masyarakat pascaindustri merupakan kesinambungan dengan masyarakat industri. Dalam masyarakat pascaindustri, penggunaan teknologi canggih seperti komputer dan robot amat penting. Keadaan ini meningkatkan penggunaan buruh kolar putih yang bersifat kepakaran dalam pelbagai sektor seperti kewangan, perkhidmatan, pasaran serta pendidikan dan sekali gus mengurangkan penggunaan buruh kolar biru. Kesan daripada perkembangan ini, kilang intensif buruh banyak dipindahkan ke negara sedang membangun, kawasan pinggir bandar semakin diminati kerana kurang sesak dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan birokrasi menjadi lebih kecil. Secara tidak langsung, kesan politik muncul apabila sentimen wilayah atau desakan kepada desentralisasi bertambah apabila wilayah kecil mahukan lebih autonomi daripada pentadbiran pusat. |
public benefit | faedah Awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara. |
extended care facility | kemudahan jagaan lanjutan | Kejururawatan | Tiada | Kemudahan yang meningkatkan penjagaan kepada masyarakat. |
self-contained community | komuniti serba lengkap | Sosiologi | Tiada | Satu masyarakat yang mempunyai kemudahan asas dan awam yang lengkap dan mencukupi. |
self-contained community | komuniti serba lengkap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu masyarakat yang mempunyai kemudahan asas dan awam yang lengkap dan mencukupi. |
public accountability | akauntabiliti awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. |
stormwater management | pengurusan air hujan | Kejuruteraan | Tiada | Penggunaan sistem semula jadi dan buatan untuk meminimumkan kerosakan alam sekitar dan menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk masyarakat. |