Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menurun tetapi tidak curam (tanah, pantai, dll), cenderung: di lembah sungai yg cerunnya ~ dibina jalan raya dan jalan kereta api; pelantar laut yg ~ di sepanjang pantai; terlandai tercampak ke pantai, tersadai, terĀ­dampar: tong-tong lapuk terapung dan ~ di pantai; landaian lapangan (tanah, pantai, dll) yg landai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; landaian hulu keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : agak miring (ttg tanah dsb). melandai menurun tetapi tidak curam (bkn pantai dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landai
Kata Terbitan : melandai, terlandai,

Puisi
 

Nan tak di landai nan den landai,
     Nan tak dilandung pandan muda;
Nan tak orang rasai nan den rasai,
     Nan tak rang tanggung den galas pula.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menaikkan bendar sondai.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
yacklimbsayap-landaiGeologiTiadaSayap antiklin asimetri yang berkeadaan lebih landai berbanding dengan sayap yang satu lagi.
glacisglasisGeografiTiada2. Cerun yang landai atau tebing yang bercerun landai.
glacisglasisGeologiTiada2. Cerun yang landai atau tebing yang bercerun landai.
rampsusur landaiUmumTiadaPermukaan menurun atau menaik yang menghubungkan aras rendah kepada aras yang lebih tinggi atau sebaliknya, sebagai alternatif penggunaan tangga. Contohnya, susur landai yang dibina berhampiran tangga untuk pengguna kerusi roda.
backlimbsayap-landaiGeologiTiadaTiada
deep floorlandai dasarSukanTiadaTiada
bankingperbankan;landai (Lumba basikal)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bankingperbankan;landai (Lumba basikal)EkonomiTiadaTiada
bankingperbankan;landai (Lumba basikal)PentadbiranTiadaTiada
bankingperbankan;landai (Lumba basikal)Undang-undangTiadaPerbankan: Pengendalian, urus niaga, pekerjaan dan urusan yang dilakukan oleh sesebuah bank.
1234567

Kembali ke atas