North Pacific current | arus Pasifik Utara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Cabang selatan arus Kuroshio yang panas (hingga di sebelah timur longitud 160�T) yang mengalir ke timur melintasi Lautan Pasifik. Bahagian utama arus Pasifik Utara tidak berlanjutan melintasi Lautan Pasifik, tetapi membelok semula ke arah barat di longitud sekitar kepulauan Hawaii. |
Pacific Ocean | Lautan Pasifik | Geografi | Tiada | Tiada |
churada | churada | Sains | Hidrometeorologi | Hujan badai yang lebat di Kepulauan Mariana (lautan Pasifik barat) semasa monsun timur laut. Hujan ini terjadi dari November ke April atau Mei, terutamanya dari Januari hingga Mac. |
andesite line | garis andesit | Geologi | Tiada | Garis peta yang menandai sempadan petrografi Lautan Pasifik. |
circum-Pacific highland | banjaran gunung lilit-Pasifik | Geografi | Tiada | Jaluran banjaran gunung melingkungi Lautan Pasifik iaitu di sepanjang pinggir benua Asia dan Amerika dan bertemu dengan jaluran Eurasia-Melanesi di Sulawasi. |
ocean hemisphere | hemisfera lautan | Geografi | Tiada | Bahagian bumi sebagai sebuah sfera yang dilitupi oleh lautan, misalnya Lautan Pasifik Utara. |
hurricane | taufan | Sains Marin | Tiada | Ribut tropika yang berputar laju, kerap terjadi di Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik. Ribut ini mempunyai ciri-ciri seperti kawasan titik tengah yang bertekanan rendah, suatu ruang pengudaraan tertutup yang mempunyai tekanan atmosfera rendah dan ribut petir yang menyebabkan hujan lebat. Taufan sering berlaku di kawasan jasad air, secara relatifnya bersuhu tinggi yang menjana tenaga daripada penyejatan air di permukaan laut dan mengalami penyejatan serta berubah bentuk kepada awan serta hujan apabila udara lembap naik ke atas dan menyejuk sehingga tepu. |
radiolarian deposite | longgokan radiolaria | Geografi | Tiada | Mendapan organisma protozoa yang digelar radiolaria di dasar lautan dalam terutamanya di kawasan tengah Lautan Pasifik dan Tenggara Lautan Indian. |
International Date Line | Garisan Tarikh Antarabangsa | Geografi | Tiada | Garisan perubahan masa yang dipersetujui secara antarabangsa, dilukis lebih kurang di sepanjang meridian 180o, tetapi memesong ke B dan T untuk mengelakkan kawasan tanah di Lautan Pasifik. |
oceanic ridge | permatang lautan | Geologi | Tiada | Banjaran gunung median, seismos, dan selanjar di lantai laut yang menganjur melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan; topografinya berceranggah, ketinggiannya 1-3 km, kelebarannya kira-kira 1500 km, dan panjangnya melebihi 84,000 km. |