Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Mongolia. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mongolia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extensive farmingperladangan meluasPertanianAgroteknologiSistem perladangan yang menggunakan input seperti buruh, baja, air, dan modal yang rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusahakan. Kebanyakan perladangan meluas diamalkan di negara yang mempunyai tanah yang luas berbanding dengan bilangan penduduk seperti di Australia, Mongolia dan Amerika. Disebabkan kekurangan sumber air, jenis pertanian yang diusahakan ialah penternakan lembu atau kambing yang menggunakan rumput yang tumbuh secara semulajadi. Bilangan ternakan berbanding dengan luas tanah adalah amat rendah. Contohnya, seekor biri-biri bagi satu kilometer persegi. Kadangkala, penternak berpindah-pindah membawa ternakan ke tempat yang banyak rumput mengikut musim.
buffer statenegara penampanSains PolitikHubungan AntarabangsaNegara yang terletak antara dua pihak yang berkonflik. Negara ini berkedudukan sebagai penampan yang boleh meredakan atau mengelakkan bahaya peperangan terbuka antara dua negara yang berkonflik tersebut. Negara penampan merupakan sebahagian daripada konsep teori imbangan kuasa yang digunakan oleh pakar kajian strategik dan diplomasi Eropah pada abad ke-17. Contohnya, Mongolia merupakan penampan antara negara China dengan Rusia. Sinonim negara penyangga.

Kembali ke atas