hne (Mya) | hne | Kesenian | Tiada | Serunai Myanmar. |
ya gwin (Myn) | ya gwin | Kesenian | Tiada | Simbal besar dari Myanmar. |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
Barclaya sp. | Barclaya sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan terapung yang melekat pada substrat. Barclaya sp. mempunyai daun berbentuk lanseolat dengan kedudukan seperti roset. Tumbuh-tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tropika, Thailand dan Myanmar. Jenis-jenis Barclaya sp. termasuklah Barclaya longifolia, Barclaya motleyi dan Barclaya rotundifolia. |
genocide | genosid | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang disengajakan terhadap sekumpulan besar orang berdasarkan pelbagai faktor seperti geografi, demografi dan politik. Contohnya, pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang mengakibatkan kematian sekumpulan besar penduduk di Jepun. Pembersihan etnik boleh digolongkan sebagai satu bentuk genosid. Contohnya, pembersihan etnik Rohingya di Myanmar. |
ci waing | ci waing | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada 21 biji gong kecil berbusut yang diperbuat daripada gangsa atau tembaga. Set gong ini diletakkan secara mendatar di dalam rak kayu berbentuk bulatan. Pemain duduk di tengah pusat bulatan dan memukul pada bahagian busut gong dengan menggunakan sepasang kayu atau pemukul kayu berbalut. Ci waing dimainkan dalam ensembel untuk mengiringi tarian, wayang patung dan pelbagai jenis wayang lain di Myanmar. Ci waing juga merupakan nama ensembel yang mcnggunakan alat muzik ini. Alat muzik ci waing bukan sahaja terdapat di Myanmar tetapi juga di seluruh Asia Tenggara. Sinonim saing waing. Lihat juga gong chime, caklempong, kulintangan, engkerumong. |
ASEAN Free Trade Area (AFTA) | Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang membentuk blok perdagangan antara negara anggota ASEAN. Perjanjian penubuhan AFTA dimeterai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 1992. Vietnam menyertai AFTA pada tahun 1995, Laos dan Myanmar menyertainya pada tahun 1997, dan Kemboja menganggotainya pada tahun 1999. Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN menerusi pengurangan dan penghapusan halangan perdagangan tarif dan bukan tarif. AFTA juga bertujuan untuk meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN. Mekanisme terpenting AFTA ialah Skim Tarif Keutamaan Efektif Umum (CEPT) yang mengurangkan dan menghapuskan tarif terhadap produk yang didagangkan sesama negara anggota ASEAN. Peranan AFTA dan mekanismenya termasuk CEPT telah diambil alih oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang memperkukuh lagi integrasi dalam kalangan negara anggota ASEAN. |
maung | maung | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini merupakan set gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Gong tersebut dipukul dengan sepasang pemukul yang berbalut untuk menghasilkan melodi. Alat muzik ini terdapat di Myanmar dan dimainkan dalam ensembel ci waing untuk mengiringi tarian dan teater. Lihat juga ci waing. |
saung gauk | saung gauk | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis hap. Saung gauk diperbuat daripada kayu dan badannya berbentuk perahu. Bahagian atas alat muzik ini ditutupi kulit kijang. Lengan yang melengkung dipasang pada badan saung gauk dan 14 atau 16 utas tali nilon dipasang antara badan dengan lengannya. Alat muzik ini ditiunkan dalam skel tujuh pic dan diletakkan secara menegak di atas riba serta talinya dipetik dengan jari. Saung gauk dari Myanmar menghasilkan melodi untuk mengiringi lagu vokal klasik. Alat muzik ini dimainkan dalam kalangan orang Burman. |
junta | junta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Majlis atau jawatankuasa yang dibentuk sebaik sahaja suatu rampasan kuasa atau revolusi berlaku. Majlis ini dibentuk bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kini, penggunaan istilah junta lebih merujuk kepada badan pemerintahan negara yang diambil alih oleh kuasa tentera. Jawatankuasa ini dilantik khas oleh pemimpin yang berkuasa pada masa itu seperti jeneral atau kolonel tanpa melalui badan perundangan. Corak pemerintahan lebih cenderung kepada kepentingan pemerintahnya tanpa wujud pemisahan kuasa dan pengawasan oleh agensi pemerintahan yang lain. Contohnya, pemerintahan negara Myanmar sejak tentera mengambil alih kuasa. |