Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pawn item ownerpemilik barang gadaianEkonomiEkonomi IslamIndividu yang memiliki barang gadaian. Pemilik barang gadaian mungkin terdiri daripada orang yang berhutang atau orang lain yang mengizinkan barangnya digunakan sebagai cagaran. Pemilik barang gadaian mesti mengemukakan dokumen pemilikannya seperti surat belian barang kepada pegadai. Sekiranya penggadai bukan pemilik barang gadaian, penggadai dikehendaki mengemukakan surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh pesuruhjaya sumpah.
picaresque novelnovel pikaresKesusasteraanTiadaNovel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira.

Kembali ke atas