jitney | bas kecil | Pelancongan | Tiada | Pengangkutan darat yang bersaiz kecil untuk membawa penumpang dengan kadar tambang yang murah. |
transportation mode | mod pengangkutan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Jenis pengangkutan seperti pengangkutan darat, udara, air, talian paip dan sebagainya. |
meteorological service | khidmat meteorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Khidmat untuk membekalkan maklumat meteorologi untuk meningkatkan keselamatan, dan keberkesanan pengangkutan darat, laut, dan udara; serta keberkesanan aktiviti yang berkaitan dengan sumber seperti air, dan pertanian. |
inland marine insurance | insurans marin dalaman | insurans | Tiada | Insurans yang memberi perlindungan pengangkutan atau kiriman yang tidak melibatkan pelayaran laut. Insurans ini memberi perlindungan kepada risiko pengangkutan melalui darat (sungai, terusan dll.) serta transit darat. |
cargo takaful | takaful kargo | Ekonomi | Ekonomi Islam | Skim yang memberikan perlindungan takaful kepada barangan yang dihantar melalui pengangkutan laut, darat atau udara atau kombinasi ketiga-tiga pengangkutan tersebut. Caruman dibayar oleh pembekal, pengeksport atau pengimport. |
marine insurance | insurans marin | insurans | Tiada | Insurans yang khusus berkaitan dengan kaedah pengangkutan serta barangan dalam transit. Istilah marin sahaja merujuk kepada pengangkutan lautan dan istilah marin dalaman pula merujuk kepada pengangkutan serta barangan di darat termasuk sungai dan tasik. |
marine insurance | insurans marin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang khusus berkaitan dengan kaedah pengangkutan serta barangan dalam transit. Istilah marin sahaja merujuk kepada pengangkutan lautan dan istilah marin dalaman pula merujuk kepada pengangkutan serta barangan di darat termasuk sungai dan tasik. |
fly-drive tour | lawatan terbang-pandu | Pelancongan | Tiada | Pengembaraan yang menggabungkan penggunaan pengangkutan udara dan darat, seperti kapal terbang dan kereta. |
fly-drive package | pakej terbang-pandu | Pelancongan | Tiada | Pakej pelancongan yang menggabungkan penggunaan pengangkutan udara dan darat, seperti kapal terbang dan kereta. |
delivery system (goods) | sistem penghantaran (barang-barang) | Sejarah | Tiada | Sistem penghantaran barangan secara fizikal dan sah di sisi undang-undang dengan menggunakan pengangkutan kapal, kenderaan darat kepada agensi dan pembeli. |